fbpx

Adakah Katil Gaming ini Menarik Perhatian Anda?

“Memang wujud ke?” 

Itulah perkara pertama yang terlintas di kotak fikiran saat pertama kali mata ini tertancap pada gambar di atas. 

Sebuah syarikat Jepun, Bauhütte, telah melancarkan katil gaming yang mempunyai kepala katil, meja, tempat letak snek, lengan tablet, beg kekacang dan tilam.

Persediaan penuh untuk menggabungkan lapan produk yang berbeza menjadi kepompong diatas, menelan kos kira-kira 126,300 yen (US $ 1,169.41).

Penerangan gambar ini berbunyi:

Saya bangun dan bergerak dari katil saya ke meja saya. Mengapa begitu rumit? Katil permainan menyelesaikan masalah ini.

Melihat gambar di atas, benar ia kelihatan amat selesa dan terlalu sukar untuk percaya bahawa katil ini benar-benar wujud akan tetapi,persoalannya sekarang adakah anda akan membeli katil ini sekiranya ia dijual di Malaysia? 

Benar, ianya amat menggamit hati untuk mempunyai katil seperti ini di rumah akan tetapi, katil ini hanya akan membuatkan kita menjadi seorang manusia yang tidak produktif. 

Begitu juga dengan penggunaan bean bag dibawah. Ia kelihatan amat selesa untuk bermain sambil bersandar padanya. Walau bagaimanapun, ia tidak bagus untuk kesihatan tulang belakang anda. 

Makanya, walaupun saya mengagumi idea ini, saya akan memilih untuk tidak menyokong produk ini supaya kita terus kekal produktif. Bagaimana dengan anda?

Sumber: 9GAG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *