fbpx

Adakah Anda Teruja Untuk AMD RYZEN 3 2300X?

Satu berita menarik bagi mereka yang telah telah lama mengidamkan CPU AMD yang tidak disediakan dalam pasaran negara, AMD telah mengumumkan bahawa Ryzen 3 2300X akan memasuki pasaran Malaysia bulan depan.

CPU tersebut ialah AMD Ryzen 3 2300X, sebuah CPU dengan empat teras fizikal dan empat bebenang kuasa yang mempunyai kelajuan asas 3.5GHz dan boleh dilewahjam sehingga 4.0GHz dan menggunakan 65W kuasa sahaja.

CPU ini turut disertakan dengan penyejuk CPU Wraith Stealth yang mempunyai rekaan yang padat.

Satu-satunya kekurangan dari CPU ini ialah ketiadaan grafik bersepadu tetapi dengan harga runcit RM 299, ianya cukup berbaloi dengan apa yang dittawarkan.

CPU kos efektif ini boleh didapati di pasaran mulai 3 Mac 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *