Di bahagian pertama Siri Hikayat Todak, saya telah memperkenalkan kepada anda semua dengan mousepad “Permaidani”, tetikus berwayar “Mahsuri” dan akhirnya, headfon “Marakarma”. Dalam bahagian kedua ini, saya akan memperkenalkan dua lagi item utama mereka iaitu “Mahawangsa” dan “Dang Anum”.
MAHAWANGSA GAMING KEYBOARD
Di datangkan dalam dua pilihan berwarna hitam dan biru, setiap warna mempunyai peranan yang tersendiri.
Kailh Black Switches menawarkan pengalaman menaip yang lancar dengan bunyi mekanikal yang lebih perlahan,, bersesuaian untuk kegunaan profesional manakala Kailh Blue Switch mampu meningkatkan keseronokan dalam permainan dek kerana bunyinya yang mampu menerujakan penggunanya saat permainan sedang berlangsung.
Pengawal volum suara dan kecerahan diletakkan secara strategik di bahagian atas papan kekunci, kelihatan lebih menarik dengan dial ukiran Todak yang berkilat. Dilengkapi dengan butang makro yang disesuaikan dan kekunci multimedia, anda boleh menyesuaikan papan kekunci permainan yang dikehendaki melalui perisian TODAK CAKRA, memudahkan anda untuk mengawal permainan dan sekaligus melancarkan proses permainan.
Mesra pengguna, papan kekunci ini juga membolehkan kawalan papan kunci Windows dan Anti-Ghosting yang membenarkan anda untuk mengawal dengan sekali tekan sahaja. Selain itu, terdapat dua port USB untuk sambungan peranti dilampirkan bersama dengan papan kekunci.
Di datangkan bersama-sama dengan peranti ini adalah detachable magnetic hand rest yang mampu memberikan sokongan kepada pergelangan tangan. Ia mampu menyesuaikan diri dengan kontur pergelangan tangan yang licin dan mengekalkannya prestasi tangan dengan cemerlang tanpa meluncur dari papan kekunci. Ia mampu memberikan kepuasan gaming kepada anda ke tahap maksimum.
DANG ANUM WIRED GAMING MOUSE
Sedikit berbeza berbanding dengan “Mahsuri” dari sudut reka bentuk dan fungsi, “Dang Anum” tetikus versi bajetyang ditawarkan oleh Todak.
Tetikus masih direka dengan tetikus cengkaman ibu jari ergonomik dan lebar untuk keselesaan maksimum. Dilengkapi dengan lampu belakang RGB yang dipertingkatkan, tersebar di seluruh kawasan cengkeraman yang luas dan dapat dikendalikan dengan mudah dengan butang pelarasan yang ditempatkan tepat di bawah mouse, tetikus ini memiliki kelasnya sendiri.
Tambahan pula, tetikus ini dipadankan dengan sempurna bersama suis Huanyu, suis tetikus revolusioner yang dioptimumkan dan dikalibrasi untuk permainan yang lancar; memastikan usia tetikus berpanjangan kerana ia dinilai pada 20 juta klik untuk kedua-dua butang.
Bagi sudut tahap respon, ia boleh diselaraskan melalui perisian Cakra dari 50 DPI sehingga 16000 sensor optik DPI. Tetikus ini juga mampu menyesuaikan sendiri secara automatik sehingga 12000 bingkai sesaat dengan butang pelarasan DPI yang ditempatkan secara strategik untuk kawalan dalam permainan yang optimum.
Kesemua Siri Hikayat Todak ini boleh dibeli di laman web kami dengan mengklik pautan DI SINI!