fbpx

REVIEW LAPTOP: MSI GF63 9RCX-673

Nipis dan elegan. Dua elemen ini adalah kunci kekuatan yang ditawarkan oleh MSI bagi model ini.

Mengekalkan reka bentuk yang tipikal bagi hampir kesemua model MSI iaitu cangkerang yang bermaterialkan logam dengan efek aluminum berwarna hitam yang beralur, ditambahkan dengan logo MSI berwarna merah; komputer riba ini masih tampak mewah sekali.

Dikenali sebagai laptop gaming yang nipis seberat 1.8kg, laptop ini sesuai untuk berkhidmat dimana-mana sahaja bagi segala acara baik secara professional mahupun untuk gaming semata. 

Pada sebelah dalamnya, segalanya tampak biasa. Papan kekunci yang tersusun rapi, pad sentuh yang cukup selesa dan elemen alur merah pada keyboard bagi mengekalkan elemen gaming padanya. Satu perkara yang dilihat bagi model ini adalah kunci powernya yang telah diselitkan secara rata pada sudut sebelah kanan di bahagian atas dek kekunci.

Walau bagaimanapun, saya tidak menggemari elemen ini kerana saya merasakan bahawa sudut itu terlalu rapuh untuk ditekan.

Dikuatkuasakan oleh Intel® Core™ i7-9750H ,laptop skrin  berukuran 15.6 inci dengan 4GB RAM dan 512GB SSD ini dijangka mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan kadar harga yang berpatutan. Berkelebihan dalam sudut grafik dek kerana kewujudan NVidia GeForce® GTX 1050Ti , 4GB GDDR5, model menjanjikan grafik gaming yang menarik.

Game yang seram masih kelihatan cerah dengan mainan warna yang begitu terang sekali, inilah kelebihan model ini.

Walaupun laptop ini menjanjikan persembahan yang terbaik bagi sudut grafik, kelemahan laptop ini adalah kadar masa baterinya yang bagi saya, agak lemah. MSI menjangkakan laptop ini mampu bertahan untuk 7 jam.

Namun, kadar masa bateri berubah mendadak sebaik sahaja permainan visual diaktifkan dan jumlah masa untuk ia bertahan hanyalah sebanyak 4 jam sahaja. Sekiranya anda merupakan seorang gamers yang tegar, perkara ini mungkin merupakan satu kekurangan yang besar. 

Selain itu, persis seperti laptop gaming yang lain, model ini masih mempunyai kekurangan bagi sudut audio dan oleh itu, bagi mendapatkan kepuasan yang maksima, penggunaan earfon amatlah digalakkan. 

Sejujurnya, laptop ini amatlah sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet yang ketat dan untuk mereka yang masih baru dalam gaming. Sekiranya anda seorang gamers yang amatur, sayangnya ini bukanlah yang anda cari.

Sekiranya model ini masih mampu menambat hati anda, anda boleh mendapatkannya dengan kami pada kadar RM 3999 dengan hanya meng-klik di ruangan INI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *