fbpx

REVIEW LAPTOP: HP CM0119AU

Apakah benda pertama yang akan terlintas dalam fikiran anda mengenai laptop jenama Hp? 

Merah dan hitam. Kedua-dua warna ini merupakan warna simbolik bagi jenama ini dan laptop yang akan direview pada hari ini tidak terkecuali. 

Bercangkerang merah dan berwarna hitam pada bahagian dalamnya, yang membezakannya dengan laptop jenama Hp yang lain adalah reka bentuknya yang nipis dan ringan, mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. 

Satu kelemahan fizikal laptop ini adalah ia tidak menyediakan ruangan pengimbas jari yang mana bagi saya, ia merupakan satu kelemahan yang agak ketara kerana sejujurnya pengimbas jari mampu memudahkan pengguna dan mengukuhkan lagi tahap keselamatan. 

Dikuatkuasakan oleh AMD A4-9125 Dual-Core (1M 2.3GHZ),laptop skrin  berukuran 14 inci dengan 4GB RAM dan 128GB SSD ini dijangka mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan kadar harga yang berpatutan. Berkelebihan dalam sudut grafik dek kerana kewujudan  AMD Radeon™ R3 Graphics dengan resolusi  1366 x 768, laptop ini merupakan pilihan yang terbaik bagi anda yang ingin mencari notebook untuk kegunaan ringan. 

Sekiranya saya perlu berlaku jujur disini, tidak banyak yang saya boleh eksperimen dengan laptop ini. Ujian ke atas tempoh masa untuk  bateri beroperasi juga tidak dapat dijalankan oleh kerana status bateri hanya mempamerkan peratus yang tinggal tanpa memberikan notifikasi untuk tempoh masa yang tinggal. 

Bagi sudut kelangsungan sistem beroperasi, saya mendapati laptop ini kurang dari sudut “multi-tasking”. Walau bagaimanapun, ini bersesuaian dengan harga yang dibayar. 

Dengan hanya RM1399, laptop ini sudah cukup bagi mereka yang mencari sesuatu untuk tujuan ringan dan bagi pelajar yang hanya menggunakan laptop secara asas, ini adalah untuk anda. Sekiranya laptop ini mampu memenuhi kriteria yang anda cari, anda boleh mendapatkan laptop ini menerusi laman ini dengan hanya meng-klik di SINI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *